Hamzah

Hamzah aku  kenali pada tahun 1975.  Pada masa itu dia berada di Tingkatan 4 Sains 3 manakala aku berada di tingkat empat sains satu.  Budak-budak dari kelas empat sains tiga ialah pelajar cemerlang seelpas SRP yang datang dari sekolah lain. Sebagai orang yang senior, (maklum aku berada di sekolah tu dari Tingkatan satu lagi), aku mengaku pandang budak-budak tingkat empat sains 3 dengan pandangan sebelah mata aja.

Hamzah agak rendah sedikit orangnya. Hubungan kami kurang mesra. Aku mengetahui  dia anak Tok Hasan apabila aku dapat tahu dia tinggal di Kampung Arab dari kawan sekelasku. Selepas perbualan berjangkit barulah aku  tahu dia dan emakku  dua pupu. Sebaik selepas habis SPM aku  tidak lagi berjumpa Hamzah.

Leave a comment